Peguam Negara mohon menghadap Agong - Utusan Malaysia

Peguam Negara mohon menghadap Agong

Peguam negara
JABATAN PEGUAM NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peguam Negara hari ini memohon perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, perkara itu bertujuan untuk memohon ampun dan menzahirkan pendiriannya untuk mematuhi Seri Paduka Baginda berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International.

“Peguam Negara juga akan menjelaskan persoalan perundangan yang timbul daripada Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi susulan pembayaran denda RM50 juta dan perlu diputuskan oleh mahkamah kerana ia memberi kesan kepada tarikh permulaan hukuman penjara dalam kes 1MDB,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini