Kemunculan objek misteri di Tasik Champlain bangkitkan semula legenda Loch Ness - Utusan Malaysia

Kemunculan objek misteri di Tasik Champlain bangkitkan semula legenda Loch Ness

AIR tasik bergolak disebabkan kewujudkan makhluk gergasi di Tasik Champlain, AS. - Susan Sisti
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Penampakan terbaharu seekor makhluk misteri di Tasik Champlain, Amerika Syarikat (AS)  telah menggiatkan semula perbincangan dalam kalangan awam berhubung kewujudan versi raksasa ‘Loch Ness’ yang terkenal di Scotland.

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku apabila beberapa pengunjung yang menginap di Marine Village Cottages berhampiran Point au Roche mendakwa melihat objek pelik bergerak merentasi permukaan tasik berkenaan pada 7 Ogos lalu.

Seorang saksi kejadian, Beth Haig menjadi individu pertama yang menyedari kelibat makhluk berkenaan sebelum menceritakan pengalaman tersebut kepada portal berita tempatan, Adirondack Explorer.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia kelihatan seperti ombak pada awalnya, tetapi kemudian anda boleh melihat pergerakan seakan-akan ular yang naik dan turun merentasi tasik dalam saiz yang amat besar,” kata Haig.

Penampakan di tasik yang terletak berhampiran sempadan New York dan Vermont itu mencetuskan spekulasi baharu bahawa makhluk terbabit merupakan ‘Champy’, hidupan misteri yang dipercayai mendiami dasar tasik berkenaan sejak sekian lama.

Seorang lagi saksi yang berada di lokasi, Hailee Finkle sempat merakam video berdurasi 24 saat menerusi telefon bimbitnya sebelum objek misteri itu hilang daripada pandangan.

“Saya sebenarnya seorang yang berpaksikan sains, tetapi pengalamannya amat aneh apabila melihatnya secara depan-depan sehingga membuatkan saya cuba percaya ia mungkin sesuatu di luar penjelasan saintifik,” kata Finkle.

Ibu kepada Haig, Susan Sisti turut menambah bahawa makhluk berkenaan bergerak pantas menyamai kelajuan sebuah bot enjin kecil di atas permukaan air.

“Ia kelihatan seperti seekor buaya yang berada separa di dalam air dengan bahagian hadapan seperti kepala, diikuti beberapa bahagian badan yang timbul di belakangnya,” kata Sisti.

Beliau turut menambah bahawa saiz makhluk terbabit dianggarkan tiga hingga empat kali ganda lebih besar berbanding mana-mana buaya yang pernah dilihatnya sebelum ini.

Ketika ini, raksasa Loch Ness yang dikenali sebagai Nessie terkenal dan masih menjadi misteri kewujudannya.

Raksasa itu dipercayai wujud di Tasik Loch Ness, yang terletak di Tanah Tinggi Scotland setelah beberapa keping gambar haiwan itu dirakamkan oleh beberapa saksi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini