Ahli Pas pasang bendera BN di Kuala Linggi

Ahli Pas pasang bendera BN di Kuala Linggi

ROSLI Abdullah menyantuni pekerja sebuah restoran di Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Kerjasama jentera Pas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi menjadi antara suntikan semangat buat Datuk Rosli Abdullah mempertahankan kerusi yang dimenangi pada 2021.

Ini termasuklah kesungguhan membantu gerak kerja kempen termasuk memasang bendera Barisan Nasional (BN) di markas dan kawasan kampung.

Rosli berkata, komitmen yang ditunjukkan bukan sekadar di peringkat kepemimpinan, sebaliknya turut melibatkan ahli dan penyokong Pas yang bersama-sama menggerakkan kempen.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah, sejak nama saya diumumkan sebagai calon, kerjasama dengan Pas memang sangat baik. Setakat ini kami telah beberapa kali bertemu dan hubungan yang terjalin cukup menggembirakan.

“Setakat ini, dari segi kerjasama memang sangat baik. Harapan kita, kerjasama di peringkat kepemimpinan akan diterjemahkan juga di peringkat akar umbi dan akhirnya oleh para pengundi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kuala Sungai Baru di sini.

Beliau berkata, hasil beberapa pertemuan dengan kepemimpinan Pas di DUN Kuala Linggi, mereka memberi jaminan semua ahli akan mengundi BN pada 14 November ini.

“Dari segi gerak jentera BN dan Pas kami bergerak bersama termasuk aktiviti menyantuni masyarakat di setiap pelosok, sejak dari hari penamaan calon Sabtu lalu,” ujarnya.

Rosli berkata, beliau tidak memandang rendah pencabarnya, sebaliknya mahu terus bekerja keras dan menyerahkan keputusan kepada pengundi.

Rosli berdepan saingan tiga penjuru dengan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Mukhlisul Mubin Julaisapiyah dan calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), Dr. Nur Farhana Hamzah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini