Suami romantik tapi malas bantu isteri

Suami romantik tapi malas bantu isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan:

Suami seorang yang romantik. Jika saya merajuk, dia akan pujuk, jika mahu kemana-mana suami akan beritahu saya. Sebelum kahwin, saya sangat inginkan layanan begitu, tapi selepas kahwin baru saya sedar romantik sahaja tidak memadai jika semua kerja rumah saya urus sendiri. Rasa tak berbaloi langsung ada suami.

Isteri kecewa

Memuatkan artikel berkaitan…

Jawapan:

Awal perkahwinan merupakan fasa untuk pasangan menyesuaikan diri dengan kehidupan dan tanggungjawab bersama. Ada pasangan yang sangat romantik dan penyayang, tetapi kurang peka terhadap urusan rumah tangga. Keadaan ini boleh menyebabkan pasangan berasa kecewa apabila perhatian dan kasih sayang tidak disertai kerjasama dalam kehidupan seharian. Berikut tip untuk anda:

Kenal pasti perkara yang mengecewakan
Jangan hanya mengatakan suami tidak membantu tanpa anda mengenal pasti perkara yang membuatkan anda rasa terbeban dalam mengurus rutin harian. Apabila masalah dikenal pasti dengan jelas, lebih mudah untuk anda berbincang dan mencari penyelesaian.

Berterus terang dengan pasangan
Jangan mengharapkan pasangan memahami semua perkara tanpa anda memberitahunya. Terangkan kepada suami bahawa anda menghargai sikap romantiknya, tetapi anda juga memerlukan kerjasama dalam urusan rumah tangga. Gunakan bahasa yang lembut dan fokus kepada keperluan, bukan menyalahkan pasangan.

Bahagikan tugas
Senaraikan tugasan rumah dan bahagikan mengikut kemampuan masa masing-masing. Jangan menganggap semua kerja rumah sebagai tanggungjawab seorang sahaja. Pembahagian yang jelas dapat mengurangkan beban dan membantu pasangan memahami peranan masing-masing.

Elakkan membandingkan

Elakkan membuat perbandingan suami dengan pasangan lain. Perbandingan biasanya boleh membuatkan pasangan berasa tidak dihargai dan menyebabkan mereka lebih sukar menerima teguran. Sebaliknya, nyatakan perubahan yang anda harapkan daripada suami.

Ruang untuk membina rutin
Jika suami tidak biasa melakukan kerja rumah, perubahan mungkin memerlukan masa. Berikan peluang kepadanya untuk belajar membina rutin baharu. Hargai usaha yang dilakukan dan berikan teguran secara baik jika sesuatu tugasan masih perlu diperbaiki.

Hargai kasih sayang dan usaha pasangan
Hargai sikap romantik pasangan sebagai tanda kasih sayang. Pada masa yang sama, fahami bahawa kasih sayang juga perlu ditunjukkan melalui tindakan seperti membantu dan berkongsi tanggungjawab. Bina perubahan bersama secara berperingkat.

Kesimpulan: Rumah tangga bukan sekadar tentang kasih sayang dan romantik, tetapi juga memerlukan kerjasama, saling memahami dan berkongsi tanggung­jawab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini