![]() |
Replit memperdalam perkongsian dengan Sumitomo Mitsui Finance and Leasing Company, Limited (SMFL) untuk membawa platform syarikat itu kepada perusahaan di seluruh Asia
TOKYO dan SAN FRANCISCO, 5 November 2026 /PRNewswire/ — Replit, platform penciptaan perisian agentik yang digunakan oleh pembina dalam 85% daripada syarikat Fortune 500, pada hari ini mengumumkan pembukaan pejabat syarikat itu di Tokyo bertujuan menyokong perniagaan perusahaannya yang semakin berkembang di rantau ini. Berita ini menyusuli pembukaan pejabat syarikat itu di London pada bulan September, memandangkan semakin banyak perusahaan di seluruh dunia menerima guna Replit untuk membina dan membesarkan skala aplikasi dengan pantas dan selamat.
Syarikat itu mengumumkan pejabat Asia yang pertama semasa sidang akhbar dengan kerjasama Sumitomo Mitsui Finance and Leasing Company, Limited (SMFL), pelanggan perusahaan pertamanya dengan aset operasi berjumlah 9 trilion yen ($57 bilion) di Jepun. Persidangan itu menampilkan pengasas bersama Replit, Amjad Masad dan Haya Odeh, serta Presiden SMFL, Tetsuro Imaeda.
Syarikat itu telah menyaksikan momentum yang semakin pesat membangun dalam perniagaan perusahaannya di seluruh dunia dengan pelanggan seperti Accenture, Visa, Ernst & Young, PricewaterhouseCoopers dan lain-lain yang telah membina dengan perkhidmatan yang disediakan.
Perkongsian Replit dengan SMFL menunjukkan kuasa AI dalam mempercepat pembangunan perisian perusahaan dan menjimatkan kos. Seorang pekerja SMFL menggunakan Replit dapat menyempurnakan projek dalam tempoh seminggu yang sebelum ini memerlukan enam individu selama lebih enam bulan. SMFL dan Replit mengembangkan perkongsian bertujuan membantu lebih banyak perniagaan di seluruh Asia membina perisian tersuai dengan menggunakan platform AI Replit.
"Membuka pejabat pertama kami di Asia adalah pencapaian penting bagi kami," kata Masad. "Perkongsian kami dengan SMFL menunjukkan sejauh mana AI boleh mengubah cara syarikat beroperasi. Kami percaya masa depan ialah ke arah operasi Syarikat Dipacu Kendiri, apabila agen AI mengambil lebih banyak kerja pelaksanaan, dengan keselamatan dan kawalan terbina dalam. Kami amat teruja dapat membantu lebih banyak syarikat di seluruh Asia membuat peralihan ini."
"Dengan menggabungkan platform Replit bersama kepakaran perusahaan, kami dapat membantu syarikat membina aplikasi dengan lebih cepat dan mempercepat inovasi. Ini juga akan membolehkan perkhidmatan pengurusan aset berasaskan awan kami yang dibangunkan secara dalaman, "assetforce" menjadi penyelesaian yang lebih disesuaikan, serta dapat memenuhi keperluan khusus syarikat pelanggan perusahaan kami dengan pantas," ulas Imaeda. "Kami tidak sabar untuk mengembangkan perkongsian kami dan membawa keupayaan ini kepada lebih banyak perniagaan di seluruh Jepun."
Replit sudah melaksanakan rangka tindakan Syarikat Dipacu Kendiri secara dalaman. Pada separuh pertama tahun 2026, jurutera Replit hampir berjaya menghasilkan tiga kali ganda output pengekodan mereka, manakala pereka menggunakan AI untuk menghantar perubahan produk dan pasukan sokongan menggunakan agen untuk menyiasat isu. Memandangkan AI mengambil lebih banyak tanggungjawab di seluruh syarikat, keselamatan dan tadbir urus adalah kritikal untuk membolehkan pelaksanaan ini dilakukan dengan selamat dan secara besar-besaran.
Maklumat Tentang Replit
Replit ialah platform penciptaan perisian agentik yang membolehkan sesiapa sahaja membina aplikasi tanpa mempelajari pengekodan. Ditubuhkan pada tahun 2016, syarikat berkenaan mempunyai lebih daripada 60 juta pengguna di seluruh dunia, termasuk pengguna dalam 85% daripada syarikat Fortune 500. Pasukan di perusahaan termasuk Atlassian, Accenture, Adobe dan Databricks menggunakan Replit untuk membina aplikasi, dan syarikat tersebut mempunyai kerjasama dengan Google, Stripe dan Slack, antara lainnya. Replit beribu pejabat di San Francisco dengan pejabat lain di London dan Tokyo.
Hubungan Media: [email protected]
Sumber artikel: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/5088266_MS88266_6












