Budak lemas terjatuh dalam kolam takungan ketika memancing - Utusan Malaysia

Budak lemas terjatuh dalam kolam takungan ketika memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas setelah terjatuh dalam kolam takungan ketika memancing di Jalan Budiman, Kampung Melayu Kulai, di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan I, Awang Adzwan Awang Sahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.17 pagi.

Katanya, seramai enam anggota dibantu satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian susulan panggilan kecemasan diterima.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati seorang mangsa kanak kanak lelaki telah terjatuh ke dalam kolam takungan.

“PKO bertindak menjalankan operasi menyelamat menggunakan tali dan stretcher bagi membawa mangsa keluar dari kolam tersebut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pembantu pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini