Kecederaan Wooi Yik ancam tiket WTF

Kecederaan Wooi Yik ancam tiket WTF

PENYERTAAN Aaron Chia- Soh Wooi Yik (kiri dan dua dari kiri) pada Kumamoto Masters masih diragui susulan kecederaan tumit kanan Wooi Yik. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Impian beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menutup musim dengan penampilan di Jelajah Dunia Akhir (WTF) semakin terancam apabila kecederaan tumit kanan Wooi Yik belum pulih sepenuhnya.

Kecederaan yang dialami ketika Terbuka Perancis itu memaksa pasangan No.4 dunia berkenaan menarik diri daripada Terbuka Korea Selatan, selain penyertaan mereka pada Kumamoto Masters di Jepun minggu depan masih belum dapat dipastikan.

Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi berkata, pihaknya tidak mahu mengambil risiko terhadap keadaan Wooi Yik dan masih memantau tahap kecederaan itu sebelum membuat keputusan mengenai penyertaannya di Jepun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka terpaksa menarik diri daripada Terbuka Korea kerana kecederaan tumit Wooi Yik belum pulih sepenuhnya. Kami masih melakukan pemantauan terhadap tahap kecederaan yang dialami.

“Aaron-Wooi Yik masih belum menarik diri daripada kejohanan Kumamoto Masters, namun masih belum dapat dipastikan. Kami akan menunggu sehingga minggu depan sebelum membuat keputusan,” kata Herry.

Sekiranya terpaksa melupakan Kumamoto Masters yang berlangsung dari 10 hingga 15 November ini, Terbuka Hong Kong dari 17 hingga 22 November menjadi peluang terakhir mereka untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 18 bulan.

Lebih membimbangkan, kedudukan Aaron-Wooi Yik dalam ranking Jelajah Dunia BWF kini merosot ke tangga keenam, sekali gus meletakkan mereka dalam situasi tidak selesa menjelang perebutan lapan slot ke kejohanan penutup musim itu di Hangzhou, China, dari 9 hingga 13 Disember.

Berdasarkan peraturan BWF, hanya lapan beregu terbaik ranking Jelajah Dunia dengan maksimum dua wakil daripada setiap negara layak beraksi pada WTF, dengan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sudah mengesahkan tempat sebagai wakil kedua Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini