![]() |
- Sambutan selama seminggu mengetengahkan profesion kewangan dan perakaunan yang bersedia menghadapi cabaran masa depan
- Profesional CGMA dari seluruh dunia akan berkongsi kisah mereka melalui hantaran di CGMA Week Wall
- Sambutan global ini akan melibatkan ahli, pelajar dan sukarelawan di lebih 150 negara
LONDON, 3 November 2026 /PRNewswire/ — Institut Akauntan Pengurusan Berkanun (The Chartered Institute of Management Accountants, CIMA) hari ini melancarkan Minggu CGMA 2026, sebuah sambutan global bagi meraikan kelayakan profesional Akauntan Pengurusan Global Berkanun (Chartered Global Management Accountant, CGMA), profesion kewangan dan perakaunan serta komuniti CGMA.
Berlangsung dari 2 hingga 8 November 2026 dengan tema CGMA: Ready for What’s Next, Minggu CGMA mengiktiraf peranan penting profesional CGMA dalam membantu organisasi menerima pakai inovasi seperti kecerdasan buatan (AI), mewujudkan nilai jangka panjang, membuat keputusan pelaburan berdasarkan maklumat yang tepat serta mengurus risiko.
Alfred Ramosedi, FCMA, CGMA, Presiden CIMA dan Pengerusi Bersama Persatuan Akauntan Profesional Bertauliah Antarabangsa, berkata:
"Minggu CGMA memberikan pengiktirafan kepada bakat, pencapaian dan sumbangan profesional CGMA di seluruh dunia. Setiap hari, ahli komuniti global kami membantu organisasi membuat keputusan yang lebih baik, mengurus kerumitan dan memacu prestasi mampan."
"Tema tahun ini, CGMA: Ready for What’s Next, mencerminkan kebolehsuaian, cita-cita dan kepimpinan yang menjadi ciri utama profesion kami. Sambutan ini juga memberikan peluang untuk mengiktiraf bagaimana ciri-ciri tersebut akan terus membentuk masa depan kewangan dan perakaunan serta menyumbang kepada kepentingan awam."
Minggu CGMA merupakan sebahagian daripada komitmen CIMA untuk memperjuangkan dan memajukan profesion kewangan dan perakaunan, di samping menyediakan peluang untuk mendengar secara langsung pengalaman individu yang menggerakkan profesion ini.
Sepanjang minggu tersebut, ahli, pelajar dan sukarelawan akan berkongsi pencapaian, pengalaman serta aspirasi mereka, sekali gus memberikan gambaran tentang cara profesional CGMA memberikan impak, membina kerjaya dan membentuk masa depan kewangan, perakaunan serta perniagaan.
Profesional CGMA dijemput untuk merenungkan dua soalan mudah:
- Apakah perkara yang paling membanggakan anda?
- Apakah perkara yang paling anda nantikan?
Kisah mereka akan dihimpunkan menerusi CGMA Week Wall, yang menjadi wadah global untuk mengetengahkan pengalaman, pencapaian dan aspirasi yang menyatukan komuniti CGMA merentasi pelbagai industri, sektor dan wilayah geografi.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Minggu CGMA, layari: www.aicpa-cima.com/resources/landing/cgmaweek
Catatan kepada editor
Ikuti dan sertai perbualan di media sosial menggunakan #CGMAweek
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5086635_MS86635_6












