Hanya RM1, Dapur Minda bantu mahasiswa kurang mampu

Hanya RM1, Dapur Minda bantu mahasiswa kurang mampu

MAHASISWA hanya bayar RM1 bagi membeli hidangan di Dapur Minda di Kolej Universiti Bestari (UC Bestari), Setiu, Terengganu. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Mahasiswa kurang berkemampuan dan anak yatim hanya perlu membayar RM1 bagi setiap hidangan menerusi inisiatif Dapur Minda yang dilaksanakan di Kolej Universiti Bestari (UC Bestari) di sini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UC Bestari, Prof. Madya Abdul Razak Salleh berkata, inisiatif itu bagi membantu meringankan beban pelajar di samping memastikan mereka mendapat makanan yang berkhasiat.

Katanya, sejak Dapur Minda ditubuhkan pada Mac 2019, ia memberi manfaat kepada lebih 1,000 mahasiswa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menerusi program ini, pe­ngurusan universiti menanggung baki bayaran bagi memastikan golongan mahasiswa yang memerlukan bantuan tidak terbeban dengan kos makanan sepanjang mengikuti pengajian.

“Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan universiti dalam memastikan kebajikan mahasiswa khususnya golongan memerlukan bantuan sentiasa terbela,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, kemudahan berkenaan bukan sekadar membantu memenuhi keperluan makanan malah membolehkan mahasiswa menjalani kehidupan kampus dengan lebih selesa dan memberi tumpuan kepada pe­ngajian.

Kata Abdul Razak, kebajikan mahasiswa adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu diberikan perhatian secara berte­rusan.

Selain menyediakan makanan pada harga berpatutan, Dapur Minda turut berpotensi menjadi platform pembangunan kemahiran mahasiswa dalam bidang keusahawanan dan pengurusan makanan.

Inisiatif itu turut mendapat sokongan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta agensi luar bagi memastikan kelangsungan program kebajikan berkenaan. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini