Mohamad Sabu yakin Amanah menang tujuh kerusi di Melaka

Mohamad Sabu yakin Amanah menang tujuh kerusi di Melaka

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Parti Amanah Negara (Amanah) mampu meraih kemenangan di kesemua tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keyakinan itu turut meliputi peluang Pakatan Harapan (PH) untuk memenangi kerusi yang ditandingi rakan komponen termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

“Amanah bertanding tujuh, kita yakin akan menang ketujuh-tujuhnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan Amanah saja lah, termasuk Keadilan dan DAP. Kita menang kesemuanya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Kempen PH PRN Melaka di Telok Gong di sini semalam.

Mengulas mengenai kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) serta kedudukan kerusi Bukit Katil yang ditandingi Naib Presiden Amanah, Adly Zahari, Mohamad berkata, tiada kerusi yang boleh dianggap selamat dalam pilihan raya.

“Kerusi mana yang selamat? Semua kita tahu, bila PN bergabung dengan BN, mereka rasa mereka kuat, tapi kita yakin bahawa pengundi negeri Melaka ini akan buat hitungan yang baik pada 14 hari bulan nanti,” katanya.

Beliau turut menolak tanggapan bahawa jumlah penyokong yang ramai ketika hari penamaan calon menggambarkan keputusan sebenar pilihan raya.

“Memanglah di tempat Yang Berhormat Adly, saya nampak 10:1. Sepuluh BN,PN, satu di pihak PH. Tapi hari mengundi nanti 10 PH, satu pula belah sana, insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata, PH memberi peluang kepada calon muda yang dianggap layak dan berkeupayaan untuk bertanding tanpa mengetepikan calon berpengalaman.

“PH ini tidak kekurangan daripada sokongan anak-anak muda. Maka itu lah, anak muda yang difikirkan layak, berkeupayaan, kita ketengahkan mereka daripada awal.

“Memanglah kita juga mencari anak muda, begitu juga calon-calon wanita dan sebagainya. Jangan pula tolak yang veteran yang lama pula. Jangan pula kita kata calon mesti budak semua,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini