CSA: Bersatu Pulau Pinang diminta nyatakan pendirian 

CSA: Bersatu Pulau Pinang diminta nyatakan pendirian 

AHMAD ZAKI ZAINUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Parti Wawasan Negara (Wawasan) Pulau Pinang mahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri itu menyatakan pendirian terhadap Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) yang ditandatangani oleh Ahli Parlimen Bersatu bersama Kerajaan Pakatan Harapan (PH), Khamis lalu.

Penyelaras Pemuda Wawasan negeri, Ahmad Zaki Zainul berkata, Kerajaan PH Selangor juga dilaporkan sedang dalam proses untuk memuktamadkan rundingan CSA dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor ketika ini.

“Sekarang ini sedang heboh diperkatakan bahawa ADUN-ADUN Bersatu Pulau Pinang mesra dengan kerajaan DAP Pulau Pinang. Jadi, saya mahu kepastian yang jelas. Adakah terdapat apa-apa rundingan antara Bersatu dan DAP Pulau Pinang? 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Khabar mengenai kemungkinan adanya rundingan sulit yang sedang berjalan menjadi semakin ketara apabila ADUN-ADUN Bersatu yang membahaskan Belanjawan Negeri 2027 dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang semalam kelihatan begitu ‘lunak’ kepada kerajaan.

“Tidak ada lagi bangkangan keras yang lebih membela rintihan rakyat seolah-olah ADUN-ADUN Bersatu ini sudah dijinakkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ahmad Zaki berkata, rakyat berhak untuk tahu pendirian ADUN-ADUN Bersatu di Pulau Pinang mengenai CSA sama ada mereka akan mengikut jejak langkah Presiden mereka iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin atau sebaliknya.

Katanya, ini kerana mandat yang diberikan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu datang daripada pengundi yang mahukan perubahan dan menolak DAP di kawasan-kawasan mereka.

“Jadi, sekiranya Bersatu Pulau Pinang mahu menandatangani CSA dengan kerajaan DAP, maka, ini adalah pengkhianatan mandat rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Pulau Pinang, Datuk Zulkefli Bakar yang juga ADUN Penanti gagal dihubungi bagi mendapatkan maklum balas mengenai isu tersebut. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini