GDB raih kontrak bina hab logistik RM877 juta di Shah Alam

GDB raih kontrak bina hab logistik RM877 juta di Shah Alam

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pembinaan GDB Holdings Berhad (GDB) meraih kontrak bernilai RM877 juta bagi membina sebuah hab logistik utama di Seksyen 15, Shah Alam, dekat sini.

Menerusi anak syarikat milik penuhnya, Grand Dynamic Builders Sdn. Bhd. (GDBSB), GDB dilantik sebagai kontraktor utama bagi projek kemudahan industri berkenaan.

Pengarah Eksekutif merangkap Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan GDB, Andy Lai Wee Young berkata, perolehan projek berskala besar itu mencerminkan keyakinan pelanggan terhadap keupayaan pelaksanaan syarikat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemenangan projek logistik berskala besar ini mencerminkan keyakinan pelanggan terhadap rekod prestasi GDB dalam menyampaikan pembinaan mengikut jadual.

“Berpaksikan asas kukuh kami di Semenanjung Malaysia, peluasan strategik ke Sabah dan Sarawak serta kepelbagaian sektor merangkumi logistik, hospital, kediaman premium dan infrastruktur awam memperkukuh portfolo kumpulan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, GDBSB akan mengendalikan pembinaan dua bangunan hab logistik lima tingkat yang dilengkapi pejabat mezanin terintegrasi serta kafeteria tiga tingkat bagi menyokong operasi rantai bekalan berkapasiti tinggi.

“Kerja-kerja pembinaan bagi tempoh 34 bulan berkenaan dijadualkan bermula pada November 2026 dan dijangka siap sepenuhnya pada September 2029.

“Anugerah projek baharu itu sekali gus meningkatkan nilai perolehan pingat (outstanding order book) GDB kepada RM2.93 bilion, iaitu paras tertinggi dalam sejarah kumpulan,” katanya. 

Sebagai projek hab logistik terbesar pernah dimenangi syarikat, ia turut melonjakkan jumlah perolehan kontrak terkumpul GDB bagi tahun 2026 kepada RM2.69 bilion.

Pencapaian bersejarah itu memberi kejelasan pendapatan yang kukuh kepada kumpulan untuk tempoh jangka panjang sehingga tahun 2031.

Kontrak berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan GDB, dengan pembiayaan projek akan dibuat menerusi dana dalaman dan pinjaman bank. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini