Protes kos sara hidup Jerman bertukar ganas, kedai dirompak

Protes kos sara hidup di Jerman bertukar ganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FRANKFURT: Beberapa kedai di Frankfurt dirompak perusuh lewat Sabtu, manakala pertempuran tercetus di bandar itu dan beberapa bandar lain di Jerman selepas demonstrasi besar-besaran membantah kos sara hidup yang pada awalnya berlangsung secara aman bertukar ganas.

Insiden keganasan turut dilaporkan di Berlin, Cologne dan Hamburg. Polis memaklumkan mereka menggunakan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang menyerang petugas kecemasan menggunakan bunga api, batu dan botol.

Ribuan orang sebelum itu menyertai demonstrasi anjuran kumpulan kempen Gen Z regelt, yang bermaksud ‘Generasi Z mengambil tindakan’ bagi membantah kekurangan peruntukan untuk sekolah, kos sara hidup yang tinggi, pemotongan perbelanjaan awam dan khidmat ketenteraan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketegangan di Jerman itu menyusuli demonstrasi besar-besaran yang turut diterajui golongan muda di Perancis, dengan lebih 320,000 orang menyertai tunjuk perasaan pada Sabtu.

Pihak berkuasa di Frankfurt, Munich dan Berlin melaporkan kehadiran sehingga 18,000 penunjuk perasaan, kira-kira separuh daripada jumlah yang dianggarkan penganjur menerusi laman web mereka.

Jurucakap Gen Z regelt, Lina Friedrich, berkata, demonstrasi itu bertujuan memperjuangkan keamanan dan kebebasan, bukannya peperangan dan paksaan.

Beliau berkata, perkara paling penting bagi mereka ialah sokongan lebih baik terhadap sistem kesihatan dan pendidikan.

“Kami menentang khidmat ketenteraan wajib dan menyokong pengagihan beban yang lebih adil,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini