Panas terik, Mirabel dan 'habiskan' 20 botol air - Utusan Malaysia

Panas terik, Mirabel dan ‘habiskan’ 20 botol air

PEMAIN golf Malaysia, Mirabel Ting ketika beraksi pada Kejohanan Maybank Golf Championship 2026 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bahang cuaca panas terik di padang golf Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC), semalam menyaksikan pemain negara, Mirabel Ting dan kedinya, Michelle terpaksa menghabiskan kira-kira 20 botol air sepanjang pusingan ketiga Kejohanan Golf Maybank LPGA 2026.

Mirabel berkata, keadaan cuaca pada pusingan ketiga jauh lebih panas berbanding dua hari sebelumnya, sekali gus memaksanya memberi perhatian lebih kepada pengambilan air bagi memastikan tubuh kekal terhidrat.

“Memang agak panas berbanding dua hari sebelumnya, malah lebih panas daripada sesi latihan. Jadi, kita perlu memastikan tubuh kekal terhidrat dan minum banyak air.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya rasa saya dan Michelle menghabiskan kira-kira 20 botol air hari ini,” katanya ketika ditemui media.

Meskipun berdepan cabaran cuaca, Mirabel tetap menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila mencatat tiga bawah par 69 pukulan untuk memegang status pemain tempatan terbaik dengan jumlah keseluruhan empat bawah par 212 pukulan.

Bagaimanapun, pemain itu mengakui masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki, khususnya dalam aspek putt selepas melakukan beberapa kesilapan yang menjejaskan permainannya.

Menurutnya, pukulan iron menunjukkan peningkatan, namun dia perlu lebih konsisten ketika melakukan pukulan dari tee dan memanfaatkan peluang di atas green.

“Saya memukul bola dengan agak baik hari ini. Ada sedikit perkara yang perlu diperbaiki pada pukulan dari tee, tetapi pukulan iron saya menunjukkan peningkatan.

“Ada beberapa putt yang berjaya dimasukkan. Perkara itu sudah lama tidak berlaku kepada saya dan saya fikir banyak kesilapan hari ini(semalam) datang daripada aspek putt,” ujarnya.

Mengulas persiapan menjelang pusingan akhir, Mirabel berkata dia perlu mengekalkan kesabaran selain mengurangkan kesilapan untuk mendapatkan keputusan lebih baik.

“Buat masa ini, saya perlu kekal sabar. Saya berjaya memasukkan beberapa bola hari ini, cuma ada beberapa kesilapan kecil yang perlu diperbaiki.

“Pukulan iron saya semakin baik. Jika saya dapat memukul bola ke lebih banyak fairway, semuanya akan menjadi lebih baik,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini