Kampung Angkat Madani Sungai Sireh terima sumbangan RM500,000

Kampung Angkat Madani Sungai Sireh terima sumbangan RM500,000

MYSA Kampung Sungai Sireh
AZLIKAMIL Napiah menurunkan tandatangan pada plak sebagai simbolik perasmian Majlis Penutupan Kampung Angkat Madani Kampung Sungai Sireh di Tanjong Karang, Kuala Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kampung Sungai Sireh, Tanjong Karang menerima peruntukan sebanyak RM500,000 menerusi program Kampung Angkat Madani oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Penyerahan peruntukan daripada Kementerian Kewangan itu merangkumi bantuan pembangunan dan peralatan pertanian seperti pembinaan dewan komuniti, sumbangan dron pertanian, mesin pemprosesan padi serta latihan kepada belia tempatan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, menerusi peruntukan tersebut MYSA, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Sungai Sireh bersama jabatan dan agensi kerajaan berkaitan dan melaksanakan pelbagai program yang memberi impak secara langsung kepada seluruh komuniti kampung berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program seumpama ini membuktikan pembangunan bukan sekadar membina kemudahan fizikal semata-mata, tetapi ia juga perlu seiring dengan keperluan untuk membangunkan modal insan tempatan, kepakaran, memperkukuh perpaduan dan meningkatkan keupayaan serta memperkasa kesejahteraan masyarakat.

“Oleh itu, saya berharap segala kemudahan infrastruktur dan aset yang diserahkan pada hari ini dapat dimanfaatkan dan dijaga sebaik mungkin demi kemudahan penduduk dan kegunaan pada masa kini dan akan datang,” katanya.

Belia berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Ketua Pengarah MYSA, Datuk Azlikamil Napiah pada Majlis Perasmian Penutupan Kampung Angkat Madani Kampung Sungai Sireh, di sini, hari ini.

Azlikamil ketika ditemui menjelaskan, pelaksanaan Kampung Angkat Madani kali kedua oleh agensinya itu memberi peluang kepada perkongsian kepakaran dan pemindahan ilmu bagi manfaat penduduk terutama pengusaha sawah padi dan sektor pertanian lain.

“Kampung Sungai Sireh antara yang dicadangkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Selangor kerana mempunyai kombinasi penduduk antara pertanian lain dan juga pesawah.

“Jadi kita lihat dua kombinasi itu dapat memanfaatkan peruntukan diberikan dalam bentuk infrastruktur dan juga kemampuan generasi mudanya yang diberikan pengetahuan seperti perolehan lesen rasmi bagi mengendalikan dron secara sah,” ujarnya.

Katanya lagi, program Kampung Angkat Madani itu dirancang sejak awal tahun ini dan dilaksanakan sejak menerima waran pada April lalu bagi pembangunan pusat komuniti kampung, program meningkatkan ekonomi penduduk dan program bersama masyarakat setempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini