Kerajaan tambah RM200 juta untuk Geran Skim Usahawan Bangkit

Kerajaan tambah RM200 juta untuk Geran Skim Usahawan Bangkit

ANWAR Ibrahim (tiga kiri) menyerahkan geran Skim Usahawan Bangkit Negeri Kelantan kepada penerima di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan akan menambah geran bagi Skim Usahawan Bangkit sebanyak RM200 juta untuk tahun depan yang memberi manfaat secara langsung kepada golongan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu dijangka mampu menambah pulangan kepada usahawan yang terbabit sehingga ribuan ringgit sebulan.

“Dengan pemberian geran itu, kita akan memantau semua usahawan di seluruh negeri termasuk Kelantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan akan bantu sedaya-upaya dan saya mengucapkan terima kasih atas usahasama dan kerjasama yang baik Menteri Besar Kelantan serta kerajaan negeri,” katanya kepada semasa berucap merasmikan Skim Usahawan Bangkit Negeri Kelantan di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini