Puteri Balqis cenderung pilih watak berat, realiti - Utusan Malaysia

Puteri Balqis cenderung pilih watak berat, realiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Puteri Balqis memaklumkan dia lebih cenderung melakonkan jalan cerita yang memaparkan realiti kehidupan masyarakat berbanding cerita-cerita fiksyen yang hanya menonjolkan sisi positif komuniti.

Kata pemilik nama penuh Puteri Balqis Azizi itu, hal demikian kerana cerita-cerita sedemikian memaparkan perkara sebenar tanpa menutup perkara-perkara negatif yang terjadi dalam masyarakat.

“Saya suka lakonkan jalan cerita yang memaparkan realiti, bukan cerita fiksyen yang menggambarkan indah-indah belaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemungkinan hanya segelintir tidak berminat dengan cerita berat kerana mereka menidakkan realiti yang berlaku dalam masyarakat.

“Saya pula sebaliknya, suka lakonkan watak berat kerana ianya topik penting untuk diketengahkan.

“Saya tidak ada masalah untuk melakonkan cerita fiksyen, namun kalau diberi pilihan, saya memilih watak berat. Ianya tidaklah perlu terlalu bermain emosi, asalkan ia memaparkan kisah realiti hidup manusia,” katanya dalam sidang media drama Dua Nyawa baru-baru ini.

Pelakon yang membawakan watak Farhana dalam drama arahan Riza Baharudin itu menafikan setiap watak yang dibawakannya adalah sama dan berulang.

Kata pelakon berusia 19 tahun itu, setiap lakonannya, walaupun pada mata penonton mungkin kelihatan sama, sebenarnya membawa emosi dan penceritaan berbeza.

“Dalam drama Keluarga Itu, watak Dhamiah bukanlah remaja memberontak namun keadaan yang memaksa dia menjadi sebegitu.

“Drama Terlanjur cinta pula bercerita tentang pengorbanan. Manakala Dua Nyawa tentang cinta dan juga pengorbanan remaja yang terlanjur.

“Jadi setiap watak yang saya mainkan ada emosi yang berbeza,” ujarnya.

Drama Dua Nyawa yang turut dibintangi Jazmy Juma, Zharif Ghazzi, Atilia Haron, Vanidah Imran dan ramai lagi bakal ditayangkan 13 November ini di platform IQIYI. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini