Alex Marquez raih petak hadapan pertamanya musim ini

Alex Marquez raih petak hadapan pertamanya musim ini

Pelumba BK8 Gresini Racing MotoGP, Alex Marquez beraksi pada sesi latihan kelas MotoGP pada perlumbaan Petronas Grand Prix of Malaysia 2026 (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang di sini semalam. UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pelumba BK8 Gresini Racing MotoGP, Alex Marquez melakar masa terpantas dan sekali gus menempah petak hadapan pertamanya, musim ini pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, di sini, esok.

Dalam sesi kelayakan 2 (Q2), hari ini, pelumba kelahiran Sepanyol itu mencatat masa sepusingan 1 minit 56.490 saat (s) dan sekali gus, memintas abangnya yang merupakan pendahulu Kejuaraan Dunia MotoGP, Marc Marquez yang terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua (1:56.560s).

Keputusan yang dicatat Alex itu juga julung kali dilakukan pelumba tersebut untuk musim 2026, selepas selama 420 hari dia gagal berbuat demikian dengan GP Barcelona pada tahun lalu adalah perlumbaan terakhir dia memulakan aksinya dari petak hadapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Marc pula yang bernaung di bawah pasukan Ducati Lenovo Team berpeluang menjarakkan kedudukannya dengan pencabar terdekat, Jorge Martin dari pasukan Aprilia Racing yang mengambil keputusan tidak berlumba, esok, ekoran kecederaan pergelangan tangannya yang masih belum sembuh.

Pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Pedro Acosta juga dari Sepanyol menempah petak ketiga selepas melakar masa sepusingan 1:56.574s.

Kedudukan keempat pula menjadi milik pelumba Jepun, Ai Ogura dari pasukan SuperFile Trackhouse MotoGP (1:56.614s), manakala penunggang Itali, Marco Bezzecchi dari pasukan Aprilia Racing menghuni tempat kelima (1:56.665s). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini