Program Mempelai Emas bantu tingkat populasi penduduk Pulau Pinang

Program Mempelai Emas bantu tingkat populasi penduduk Pulau Pinang

CHOW Kon Yeow (kanan) dan Goh Choon Aik (dua dari kanan) menyerahkan bantuan beras dan barang keperluan lain kepada penduduk setempat sempena program Deepavali Madani & Kesejahteraan Pengguna 2026 di Taman Merak, Simpang Ampat, Pulau Pinang.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN : Langkah kerajaan negeri untuk memperkenalkan Program Mempelai Emas bermula tahun depan diharap dapat menggalakkan lebih ramai golongan bujang terbuka hati untuk berkahwin.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, apabila semakin ramai golongan itu mula berumah tangga dan berkeluarga, maka, ia secara tidak langsung akan membantu meningkatkan populasi penduduk di Pulau Pinang.

“Ketika ini, kadar kelahiran di Pulau Pinang juga dilaporkan semakin menurun sedangkan, dalam masa beberapa tahun lagi, negeri ini akan dikategorikan sebagai negeri menua.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, menerusi program ini (Mempelai Emas), kita (kerajaan negeri) cuba memberi galakan kepada rakyat Pulau Pinang (untuk mula berkeluarga),” katanya ketika ditemui semasa menghadiri program Deepavali Madani & Kesejahteraan Pengguna 2026 anjuran Pusat Khidmat Bukit Tambun.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun, Goh Choon Aik.

Semalam, Kon Yeow ketika membentangkan Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2027 memaklumkan, menerusi inisiatif yang diperkenalkan di bawah Program i-Sejahtera itu, setiap pasangan yang baru berkahwin akan menerima sumbangan sebanyak RM500 secara ‘one-off’ jika memenuhi syarat yang ditetapkan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain rakyat Pulau Pinang, syarat lain yang ditetapkan untuk menerima bantuan di bawah Program Mempelai Emas ialah, pasangan tersebut mestilah baru pertama kali mendirikan rumah tangga tanpa mengira had umur.

“Apa yang kita cuba buat ialah, kita mahu menyemai satu kesedaran sambil meningkatkan kadar populasi penduduk menerusi kaedah yang sihat (perkahwinan). Butir-butir lanjut kita akan umumkan selepas ini,” ujar beliau.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini