KUALA LUMPUR: Penyanyi, Osama Yamani bertindak mempertahankan adiknya, Zaki Yamani apabila netizen menuduh penyanyi itu cuba meniru suara bapanya, Datuk Jamal Abdillah ketika menyanyikan lagu raja pop itu,
Osama memaklumkan cara penyampaian mereka berlainan meskipun mempunyai ton suara yang hampir sama.
“Tidak. Masing-Masing ada suara dan cara tersendiri bila menyanyi.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Warna (suara) kami memang sama lebih kurang, cuma yg nampakkan kami lain dari penyampaian kami itu saja,” katanya membalas komen netizen di media sosial.
Kata Osama lagi, sebagai penyanyi perasaan menyampaikan lagu juga membezakan nyanyian mereka.
“Yang penting setiap bait-bait lirik kami lafazkan dengan perasan kami adik beradik,” katanya lagi.











