Iran hentikan pergerakan dua kapal di Selat Hormuz - Utusan Malaysia

Iran hentikan pergerakan dua kapal di Selat Hormuz

GAMBAR fail Selat Hormuz. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) pada Jumaat berkata bahawa pergerakan dua kapal tangki minyak dihentikan selepas mengalami insiden yang tidak diperincikan ketika cuba melalui laluan yang dianggap tidak dibenarkan oleh Teheran di Selat Hormuz.

“Dua kapal tangki minyak yang melakukan kesalahan, masing-masing di bahagian timur dan barat Selat Hormuz, cuba melalui laluan yang tidak dibenarkan sebelum mengalami insiden dan ditahan di perairan selatan selat itu,” menurut kenyataan IRGC.

Kenyataan itu menyebut, kedua-dua kapal berkenaan mematikan semua sistem navigasi dan cuba keluar melalui laluan tidak dibenarkan dengan sokongan tentera Amerika Syarikat (AS) yang pengganas.

Memuatkan artikel berkaitan…

IRGC tidak memperincikan jenis insiden yang berlaku, sehari selepas angkatan tentera Iran memaklumkan sekurang-kurangnya empat kapal tangki minyak berhenti di kawasan itu selepas terkena periuk api.

Pasukan itu berkata, insiden pada Jumaat berlaku selepas kapal berkenaan menerima beberapa amaran melalui radio, tetapi tidak mengendahkannya.

Tentera Iran mengarahkan semua kapal menggunakan laluan yang ditetapkan untuk melalui selat itu dan menyelaraskan perjalanan dengan angkatan tentera negara berkenaan. 

Iran  menganggap koridor selatan yang lebih hampir dengan pantai Oman sebagai laluan tidak dibenarkan.

Teheran mengehadkan trafik maritim melalui laluan perairan strategik itu sejak perang di Asia Barat bermula pada 28 Februari lalu susulan serangan AS-Israel ke atas Iran yang mengorbankan bekas Pemimpin Tertingginya, Ayatollah Ali Khamenei.

Sebagai tindak balas, AS mengenakan sekatan ke atas pelabuhan Iran, sekali gus mengehadkan lagi keupayaan Teheran mengeksport minyak dan menjalankan perdagangan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini