RIYADH: Gabungan diketuai Arab Saudi pada Jumaat memaklumkan pihaknya memintas dan memusnahkan sebuah dron yang dilancarkan kumpulan Houthi Yaman di wilayah Mekah.
Namun, kumpulan itu kemudian menafikan menyasarkan kota paling suci dalam Islam berkenaan.
“Dron yang dilancarkan oleh Houthi berjaya dipintas dan dimusnahkan di wilayah Mekah,” tulis jurucakap gabungan itu, Turki al-Malki dalam hantaran di platform X.
Memuatkan artikel berkaitan…
Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree menyifatkan kenyataan Arab Saudi itu sebagai rekaan besar-besaran dan keterlaluan.
Arab Saudi beberapa kali melaporkan pelancaran peluru berpandu Houthi ke arah wilayah Mekah.
Bagaimanapun, kumpulan itu menafikan melancarkan serangan ke arah kota suci berkenaan. – AFP











