PRN Melaka ke-16: Calon, parti politik diingat jangan langgar peraturan, undang-undang - Utusan Malaysia

PRN Melaka ke-16: Calon, parti politik diingat jangan langgar peraturan, undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Semua calon, parti politik, penyokong serta mana-mana pihak yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 diingatkan supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya.

Peringatan itu selaras dengan peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 [Akta 694] serta Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5].

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan memaklumkan, SPRM Melaka akan membuka bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang PRN Melaka Ke-16.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, bilik gerakan berkenaan akan beroperasi selama 24 jam bermula esok hingga 14 November 2026, bertempat di Pejabat SPRM Melaka, Jalan Alai Perdana 16, Taman Alai Perdana, 75460 Melaka.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin mengemukakan aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang proses pilihan raya boleh berbuat demikian menerusi e-mel [email protected].

“Selain itu, aduan juga boleh disalurkan dengan menghubungi talian pejabat SPRM Melaka di 06-289 6000, talian bilik gerakan 06-289 6303 atau talian 24 jam atau WhatsApp di 011-2679 1569,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini