Zuraidi mahu bawa nafas baharu bola sepak Kedah

Zuraidi mahu bawa nafas baharu bola sepak Kedah

Datuk Zuraidi Rahim mahu terus menyumbang kepada ekosistem bola sepak Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengalaman, jaringan hubungan serta komitmen terhadap pembangunan bola sepak menjadi antara sandaran Datuk Zuraidi Rahim dalam usaha menawarkan kepimpinan baharu kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Zuraidi dilihat membawa aspirasi untuk memperkukuh hala tuju bola sepak Kedah menerusi pendekatan yang lebih tersusun, khususnya dalam aspek pembangunan akar umbi, pengurusan persatuan dan kebajikan pemain.

Beliau turut mempunyai pengalaman dalam mengendalikan pelbagai program serta acara bola sepak, termasuk perlawanan nostalgia yang menghimpunkan bekas pemain Kedah dan Singapura.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Usaha membangunkan bola sepak negeri tidak boleh bergantung kepada satu pihak sahaja, sebaliknya memerlukan kesepakatan semua pihak berkepentingan bagi memastikan perancangan dapat dilaksanakan secara berterusan,” katanya.

Beliau turut melihat pembangunan akar umbi sebagai antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian bagi melahirkan lebih ramai pemain berbakat untuk mewakili Kedah pada masa depan.

Selain itu, aspek tadbir urus, kebajikan pemain dan kelestarian kewangan juga perlu menjadi keutamaan bagi memastikan pengurusan bola sepak negeri bergerak secara lebih terancang.

Beliau menegaskan bahawa harapan penyokong bukan sekadar mahu melihat sejarah kegemilangan Hijau Kuning dikenang, sebaliknya mahukan perancangan yang mampu membawa bola sepak Kedah ke arah masa depan lebih baik.

“Akhirnya, penyokong Kedah mengharapkan sebuah kepimpinan yang bukan sahaja memahami nilai sejarah bola sepak Hijau Kuning, tetapi juga berani merancang masa depannya.

“Kedah bukan sekadar sebuah pasukan. Kedah ialah maruah, sejarah dan kebanggaan rakyatnya. Demi bola sepak Kedah. Demi kebangkitan Hijau Kuning,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini