Siasatan MyEG : Zetrix AI serah dokumen kepada polis

Siasatan MyEG : Zetrix AI serah dokumen kepada polis

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima beberapa dokumen daripada Zetrix AI Berhad berhubung siasatan dakwaan kegagalan memindahkan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM230.9 juta membabitkan syarikat penyedia perkhidmatan elektronik, My EG Sdn Bhd (MyEG).

Satu sumber memaklumkan, semua dokumen tersebut diserah secara rela bagi membantu siasatan oleh PDRM.

“Tiada serbuan dilakukan oleh polis di pejabat Zentrix AI Bhd. Polis hadir ke pejabat tersebut hanya untuk mendapatkan dokumen penting kaitan dengan kutipan hasil berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Utusan Malaysia masih mendapatkan pengesahan berhubung perkara itu daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa.

Pada 19 Oktober lalu, polis merakam keterangan 15 individu bagi membantu siasatan terhadap Zetrix AI Berhad.

Katanya, keterangan yang diambil membabitkan 12 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tiga pegawai bank.

Siasatan dimulakan susulan satu laporan polis pada 7 Oktober lalu berkaitan transaksi kewangan hasil kerajaan melibatkan kedua-dua syarikat di bawah Kumpulan MyEG tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini