Tujuh pegawai jabatan imigresen cedera van dinaiki terbalik

Tujuh pegawai jabatan imigresen cedera van dinaiki terbalik

VAN membawa tujuh pegawai jabatan imigresen terbalik di Tamparuli.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPARULI: Tujuh pegawai jabatan imigresen cedera selepas van dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam parit di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, van berkenaan dalam perjalanan pulang selepas menjalankan operasi penghantaran pulang pendatang tanpa izin (PTI) ke negara asal melalui Lahad Datu.

Difahamkan, seorang pegawai dilaporkan mengalami kecederaan serius, manakala enam lagi mengalami cedera ringan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semua mangsa dibawa ke Hospital Tuaran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mangsa dibantu keluar dari kenderaan oleh beberapa individu lain yang melihat kemalangan itu.

Punca kejadian masih belum diketahui dan sedang menunggu maklumat lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini