Anwar zahir takziah kepada mangsa nahas tren di Sepanyol

Anwar zahir takziah kepada mangsa nahas tren di Sepanyol

KEADAAN tren akibat pelanggaran di Sepanyol. - SUMBER/FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas pelanggaran tren di Sepanyol.

Perdana Menteri berkata, Malaysia turut bersimpati dengan rakyat Sepanyol yang berdepan detik sukar susulan tragedi berkenaan, selain mendoakan agar mangsa yang cedera segera pulih.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada anggota pasukan kecemasan dan semua pihak yang bertungkus-lumus menjalankan operasi di lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez, kerajaan dan rakyat negara itu, khususnya keluarga mangsa yang terkorban,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata, Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Sepanyol dalam menghadapi tragedi berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini