Konflik agihan kerusi MCA dijangka selesai - Utusan Malaysia

Konflik agihan kerusi MCA dijangka selesai

Ahmad Zahid bersama Wee Ka Siong dan Zambry Abdul Kadir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konflik Barisan Nasional (BN) berhubung pengagihan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membabitkan MCA dijangka selesai susulan perkembangan positif hasil perbincangan antara kepemimpinan parti itu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan perkara itu menerusi hantaran di Facebook hari ini dengan meminta semua pihak supaya kekal tenang dan tidak bimbang mengenai perkembangan berkenaan.

“Jangan bimbang, semuanya berada dalam keadaan baik. Kita geng biru (BN),” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menerusi hantaran sama, Ahmad Zahid turut memuat naik gambar bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Difahamkan, ketiga-tiga pemimpin itu mengadakan pertemuan tertutup bersama Ahli Parlimen BN di Parlimen di sini, tengah hari tadi.

Pertemuan itu dipercayai membincangkan kemelut pengagihan kerusi yang membabitkan MCA, termasuk tuntutan parti itu terhadap dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Bemban dan Kesidang.

Semalam, Ahmad Zahid mengesahkan perbincangan khas bersama kepemimpinan MCA berhubung pembahagian kerusi PRN Melaka selesai dengan perkembangan positif.

Perbincangan itu turut membabitkan Zambry serta Pengerusi BN Melaka merangkap Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini