Status perkhidmatan Shuhaily dalam proses dimuktamadkan - KDN

Status perkhidmatan Shuhaily dalam proses dimuktamadkan – KDN

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Status perkhidmatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain sedang dalam proses untuk dimuktamadkan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, pihaknya mengambil perhatian dan menghargai pandangan masyarakat berhubung urusan perkhidmatan Mohd. Shuhaily.

“Pada masa ini, urusan perkhidmatan Ketua Pengarah AKPS masih dalam proses untuk dimuktamadkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“KDN akan memastikan urusan tersebut dilaksanakan secara teratur mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KDN berkata, penubuhan AKPS yang mencecah tahun kedua adalah untuk memperkukuh pengurusan kawalan dan perlindungan sempadan negara.

Ujarnya, keutamaan KDN adalah memastikan AKPS terus berupaya melaksanakan peranannya secara optimum demi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara.

“Sebagai agensi penting yang berpegang teguh pada pengukuhan keselamatan sempadan, kelancaran urusan, perlindungan hasil negara serta integriti dan disiplin, KDN akan memastikan AKPS berupaya melaksanakan peranannya secara optimum.

“Dalam menguruskan hal ehwal perkhidmatan pegawai, KDN turut memberikan perhatian kepada kesinambungan operasi dan kelancaran pelaksanaan tugas di AKPS,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini