Houthi akui serang loji penapisan minyak terbesar Arab Saudi - Utusan Malaysia

Houthi akui serang loji penapisan minyak terbesar Arab Saudi

GAMBAR fail sebuah loji penapisan minyak di Ras Tanura. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Kumpulan Houthi di Yaman pada Selasa mendakwa menyasarkan loji penapisan minyak terbesar Arab Saudi dengan peluru berpandu balistik, selepas melancarkan serangan yang mengganggu operasi pengeksport minyak mentah terbesar dunia itu sejak beberapa minggu lalu.

“Angkatan Tentera Yaman berjaya menyasarkan kilang penapisan Ras Tanura di Wilayah Timur dengan peluru berpandu balistik,” kata jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree menerusi X, sambil mendakwa serangan itu menyebabkan kebakaran besar.

Seorang penduduk di bandar Al Khobar yang terletak berhampiran memberitahu AFP bahawa beliau terdengar letupan menjelang subuh dan menerima mesej amaran menerusi telefon bimbit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menerima amaran pada telefon bimbit, kemudian terdengar bunyi letupan yang sangat kuat,” kata penduduk itu.

Kemudahan Ras Tanura yang terletak di pesisir timur Arab Saudi menghadap Teluk Parsi menempatkan salah sebuah kilang penapisan minyak terbesar di Asia Barat dan menjadi tonggak sektor tenaga negara itu.

Kompleks berkenaan mempunyai kapasiti pemprosesan sebanyak 550,000 tong sehari. Kemudahan itu berulang kali menjadi sasaran serangan Iran, termasuk serangan dron pada awal Mac yang memaksa sebahagian operasi loji penapisan itu dihentikan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini