Liverpool kena kekal agresif - Iraola

Liverpool kena kekal agresif – Iraola

JOAO Costinha (tengah), dilayangkan kad kuning selepas mengasari penyerang Liverpool, Cody Gakpo (kanan), pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Pengendali Liverpool, Andoni Iraola mengakui permulaan agresif menjadi faktor utama kemenangan 2-0 The Reds ke atas Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Dalam aksi itu, Liverpool membuka tirai jaringan pada minit ke-17 menerusi gol sendiri Pascal Gross yang tertampan masuk percubaan Florian Wirtz sebelum Alexander Isak menggandakan kelebihan kurang lima minit kemudian.

“Saya sangat gembira dengan keputusan, kami berdepan pasukan yang sangat bagus dan saya rasa permulaan perlawanan menjadi faktor utama. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami perlu bermula dengan kuat, bermain agresif, merampas bola, memenangi perebutan bola dan mengancam menerusi serangan balas,” kata Iraola.

Menurutnya, pendekatan itu berbeza berbanding beberapa perlawanan terdahulu apabila Liverpool terlebih dahulu dibolosi sebelum terpaksa bekerja keras untuk bangkit.

Isak pula terus membuktikan ketajamannya apabila meledak gol keenam dalam tujuh penampilan EPL, sekali gus mula memperlihatkan nilai pelaburan besar kelab yang memecahkan rekod perpindahan British untuk mendapatkan khidmatnya pada musim panas lalu.

Iraola percaya penyerang itu mampu terus menghasilkan jaringan sekiranya rakan sepasukan berjaya membekalkan hantaran dan peluang berkualiti kepadanya.

“Jika kami dapat meletakkannya dalam posisi yang sesuai, memberikan hantaran silang yang baik serta mencipta situasi berbahaya, dia akan menjaringkan gol,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini