KUALA LUMPUR: Pelakon, Shahrul Ridzwan menegaskan dia tidak pernah menidakkan hakikat bahawa kisah silam sebagai sebahagian daripada perjalanan hidup ke arah kebaikan.
Shahrul, 37, menerusi Thread berpandangan cerita lama penting untuk membentuk keperibadian seseorang hari ini.
“Siapa ajar kita yang nak berubah, kena buang semua kisah silam?
“Aku tak setuju. Sebab tanpa kisah semalam, belum tentu kita jadi siapa kita hari ni,” kongsinya.
Mengulas lanjut, shahrul berkata kisah lampau bukan untuk dibanggakan, sebaliknya menjadi asbab kepada pembentukan diri seseorang.
“Ada kisah yang kita bangga. Ada yang kita sendiri malu nak ingat balik.
“Tapi semua tu sebahagian daripada perjalanan kita.
“Tak perlu dibanggakan kesalahannya, tapi jangan sampai kita lupa pengajarannya,” katanya lagi. – UTUSAN











