CUCKOO Malaysia sasar perluas capaian ke lebih banyak isi rumah

CUCKOO Malaysia sasar perluas capaian ke lebih banyak isi rumah

PENGURUSAN dan duta jenama CUCKOO Malaysia bersama-sama dalam upacara memotong kek bagi meraikan ulang tahun ke-12 #SAMASAMAHealthier bersama komuniti di Stadium Merdeka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: CUCKOO International (MAL) Berhad (CUCKOO Malaysia) mahu memperluas capaian kepada lebih banyak isi rumah di negara ini, selain membuka peluang kepada lebih ramai individu untuk berkembang menerusi ekosistem perniagaannya selepas 12 tahun beroperasi.

Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Hoe Kian Choon berkata, aspirasi itu antaranya diterjemahkan menerusi Struktur Rakan Niaga Jualan Bersekutu (ASP) yang dilancarkan pada 1 Oktober lalu.

Katanya, pembukaan platform berkenaan kepada lebih banyak perniagaan bebas serta peluang kepada orang ramai menyertai pasukan jualan ASP akan memperkukuh rangkaian pelbagai saluran syarikat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dua belas tahun lalu, kami menanam benih dengan impian sederhana untuk membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.

“Kepada pelanggan, terima kasih kerana menerima kami di kediaman anda dan berkembang #SAMASAMAHealthier bersama kami. Kepada pasukan, rakan kongsi dan setiap BFF kami iaitu Buddies, Friends and Families, terima kasih kerana membantu impian itu berkembang.

“Melangkah ke hadapan, kami mahu mendekati lebih banyak kediaman dan membuka lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk berkembang bersama kami. Bersama-sama, kita akan membantu lebih banyak impian berakar dan berkembang dengan lebih cerah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya sempena CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12, Dikuasakan oleh Anugerah Melodi Terhangat (AMT 2026) di Stadium Merdeka, baru-baru ini.

Sambutan ulang tahun ke-12 itu menghimpunkan hampir 15,000 pengunjung dengan menampilkan Duta Jenama Global CUCKOO, Lee Junho, Duta Jenama CUCKOO, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Phei Yong serta Rakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) CUCKOO, Firdhaus.

Acara itu turut menjadi pentas penyampaian empat kategori AMT 2026 serta CUCKOO Excellence Awards.

Sebelum konsert utama bermula, pengunjung disajikan dengan persembahan pra-konsert yang menampilkan 50 penari dengan mengetengahkan kepelbagaian budaya Malaysia, sekali gus mencerminkan peranan CUCKOO Malaysia sebagai rakan strategik rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Antara artis yang membuat persembahan ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Firdhaus, Ella, Faizal Tahir, Hujan, Jaclyn Victor, Jeryl Lee, MIMIFLY, 3P, Trevor Kuo dan ALPHA, selain bakat muda Youthopia 8TV, Emily Chua, Umairah, ODDA dan Janice Yoong.

Dalam pada itu, kemunculan Duta Jenama Global CUCKOO, Lee Junho menjadi antara kemuncak acara apabila beliau tampil dengan sut berwarna merah marun yang dilengkapi sapu tangan batik sebagai elemen budaya tempatan, selaras dengan kod pakaian acara bertemakan Floral Batik. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini