Cadang Sambutan Hari Veteran khusus untuk pesara ATM

Cadang Sambutan Hari Veteran khusus untuk pesara ATM

KHALED Nordin ketika sesi sidang media pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Negara ke-100 Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) di De Palma Hotel Ampang di sini, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan akan mengemukakan cadangan kepada Jemaah Menteri bagi mengadakan Sambutan Hari Veteran, sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia merupakan antara usaha untuk mengenang pengorbanan anggota tentera yang telah berkhidmat demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

Katanya, sambutan itu juga penting sebagai platform rasmi untuk memperkukuh hubungan golongan veteran dengan masyarakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Melalui Sambutan Hari Veteran, kita mahu memastikan jasa dan pengorbanan mereka terus dikenang, di samping menyemarakkan hubungan antara veteran dengan masyarakat.

“Ia akan jadi satu usaha formal dan merupakan jaminan kerajaan untuk tidak melupakan sumbangan dan jasa pesara ATM,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Negara Ke-100 Persatuan Veteran ATM (PVATM) di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, kutipan Tabung Pahlawan kini mengumpul sebanyak RM4.5 juta, menghampiri sasaran RM5 juta ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini