Konsert 3Diva dibatalkan, jamin wang dipulangkan dalam 14 hari - Utusan Malaysia

Konsert 3Diva dibatalkan, jamin wang dipulangkan dalam 14 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konsert 3Diva yang menghimpunkan nama besar Indonesia, Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ dibatalkan.

Menurut penganjur, T-Rex Studio Sdn. Bhd, keputusan pembatalan konsert yang sepatutnya berlangsung pada 22 November di Unifi Arena itu diambil selepas mengambil kira pelbagai faktor walaupun  persiapan dan perancangan awal telah dilaksanakan.

“Pihak T-Rex Studio menyampaikan permohonan maaf kepada semua peminat, pemegang tiket, rakan penaja serta rakan media atas segala kesulitan dan kekecewaan yang timbul susulan pembatalan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami amat menghargai kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak sepanjang usaha menjayakan konsert ini,” kata menerusi satu kenyataan.

Susulan pembatalan mengejut itu, pihak penganjur memberi jaminan bahawa semua pemegang tiket akan menerima pemulangan wang dalam tempoh 14 hari bekerja.

“Pemegang tiket dinasihatkan untuk merujuk kepada platform pembelian tiket masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan proses pemulangan tersebut,” tulisnya.

T-Rex Studio turut menzahirkan penghargaan kepada semua rakan strategik dan penaja yang memberikan komitmen tinggi dalam mempromosikan konsert tersebut sebelum ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini