PRN Melaka: Rafizi sengaja 'bising' isu mafia korporat untuk tutup aib kes khalwat Nik Nazmi - NGO

PRN Melaka: Rafizi sengaja ‘bising’ isu mafia korporat untuk tutup aib kes khalwat Nik Nazmi – NGO

Mohd. Rafizi Ramli (kanan) dan Nik Nazmi Nik Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengasas Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli sengaja menimbulkan isu mafia korporat demi menutup aib kes tuduhan khalwat sekutunya, Nik Nazmi Nik Ahmad menjelang PRN Melaka yang akan datang.

Penasihat Pertubuhan Kebajikan Impak Madani (Impak Madani), John Ooh Sin Hwa berkata, taktik tersebut sememangnya sinonim dengan Rafizi dan beliau dipercayai melakukannya bagi mengelak Bersama kalah teruk dalam PRN Melaka.

““Nampak macam ada taktik politik di sebalik tindakan Rafizi itu kerana hanya beberapa hari selepas kontroversi kes khalwat yang dikaitkan dengan Nik Nazmi, Rafizi pula tampil membangkitkan isu mafia korporat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berpendapat beliau membangkitkan isu mafia korporat bagi alihkan perhatian dengan harapan pengundi Melaka tidak tumpu pada kes khalwat tersebut,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Parti Bersama mengumumkan telah membuat keputusan merehatkan Nik Nazmi daripada menyertai semua aktiviti rasmi parti selama tiga bulan berkuat kuasa dari 20 Oktober hingga 19 Januari 2027.

Presiden Bersama, Syukri Razab berkata, pihaknya berpendirian bahawa keputusan itu adalah perlu dan munasabah.

Terdahulu, Nik Nazmi mengesahkan dirinya adalah salah seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam insiden tangkap khalwat di Petaling Jaya pada Khamis lepas.

Mengulas lanjut, NGO berkata, taktik Rafizi itu tidak akan berjaya kerana maklumat di media sosial mengenai kes khalwat itu terlalu banyak.

“Buatlah apa pun, pengundi telah nampak isu moral dalam Bersama dan pengundi lazimnya tidak akan memberikan kemenangan kepada pemimpin yang terpalit dengan masalah moral,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini