Banjir Nepal: Persatuan bank sedia tangguh bayaran balik pinjaman - Utusan Malaysia

Banjir Nepal: Persatuan bank sedia tangguh bayaran balik pinjaman

KERJA-kerja mencari dan menyelamat ditingkatkan selepas banjir kilat melanda Pusat Trishuli di daerah Nuwakot, Nepal.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank-bank di Malaysia komited menyediakan penangguhan bayaran balik dan aturan pembayaran fleksibel bagi meringankan komitmen kewangan keluarga mangsa banjir dan tanah runtuh di Nepal yang masih hilang.

Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) berkata, bantuan berkenaan telah dilaksanakan sejak awal Oktober lalu dengan bank-bank terlibat turut menghubungi keluarga mangsa yang terjejas.

Menurut ABM, pihaknya memahami kesedihan mendalam dan ketidaktentuan yang dihadapi keluarga serta waris terdekat mangsa, selain menegaskan kebajikan mereka kekal menjadi keutamaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi memudahkan urusan mendapatkan bantuan, ahli-ahli bank turut melantik pegawai perhubungan untuk membimbing waris terdekat, menyelaraskan permohonan serta membantu menyediakan dokumentasi dan menguruskan proses pentadbiran yang diperlukan.

“ABM dan ahli-ahli bank kekal komited untuk bekerjasama secara konstruktif dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan semua pihak berkaitan bagi menyokong keluarga yang terjejas dengan penuh keprihatinan, belas ihsan dan rasa hormat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tragedi banjir besar dan aliran puing yang melanda kawasan sempadan Nepal-China pada 26 Ogos lalu mengakibatkan kemusnahan besar apabila aliran air deras membawa lumpur, batu dan serpihan merempuh kawasan penempatan serta laluan perhubungan.

Pada peringkat awal, seramai 55 rakyat Malaysia dilaporkan tidak dapat dihubungi selepas bencana berkenaan, namun seorang daripada mereka kemudian disahkan selamat dan pulang ke tanah air pada awal Oktober lalu.

Perkembangan itu menyaksikan 54 rakyat Malaysia masih belum dapat dikesan, manakala usaha mengesahkan status mereka diteruskan melalui kerjasama pihak berkuasa Malaysia dan Nepal.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini