Pemilik bengkel didakwa gagal bayar cukai barang, perkhidmatan - Utusan Malaysia

Pemilik bengkel didakwa gagal bayar cukai barang, perkhidmatan

LOOK Pek Ko tidak mengaku bersalah bagi pertuduhan gagal membayar cukai barang dan perkhidmatan di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang pemilik bengkel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan gagal membayar cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta penalti berjumlah lebih RM271,000 bagi tempoh bercukai dari April 2016 hingga Jun 2018.

Look Pek Ko, 48, selaku orang kena saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan satu hingga lapan, lelaki itu didakwa gagal membayar cukai barang dan perkhidmatan dengan jumlah keseluruhan RM271,875.33 yang genap masa dan kena dibayar bagi tempoh bercukai dari 1 April 2016 hingga 30 Jun 2018 seperti ditetapkan Ketua Pengarah Kastam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesalahan tersebut dilakukan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak dan pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 41(7) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dan boleh dihukum di bawah Seksyen dan Akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, dalam prosiding sama, Pek Kong turut mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan gagal mengemukakan dokumen diminta pegawai kastam di bawah Seksyen 165 (4) akta yang sama dan Seksyen 57(4) Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa JKDM, Nur Amalina Ahmad Nazeri dan Ar Junadi Jamaludidn manakala OKS tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 terhadap OKS dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 November depan untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini