Kar Gee raih emas kelima negara

Kar Gee raih emas kelima negara

Aksi Wong Kar Gee dalam acara lompat jauh lelaki T12 di Stadium Nagoya City Mizuho Park Athletic, di sini, hari ini. - MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet lompat jauh para negara, Wong Kar Gee menghadiahkan pingat emas kelima Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya selepas menjuarai acara lompat jauh lelaki T12 di Stadium Nagoya City Mizuho Park Athletic , di sini, hari ini.

Atlet berusia 35 tahun itu mencatat lompatan sejauh 6.74 meter (m) menerusi percubaan pertama untuk meraih emas sulungnya pada temasya tersebut.

Kejayaan itu menyaksikan Wong Kar Gee memperbaiki pencapaiannya pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang apabila meraih pingat perak dalam acara sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pingat perak menjadi milik atlet Uzbekistan, Sevinchbek Khusanov dengan lompatan sejauh 6.54m, manakala wakil tuan rumah, Daiki Ishiyama melengkapkan podium selepas membawa pulang gangsa (6.48m). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini