Ella terseliuh pinggang, pulih guna rawatan tradisional - Utusan Malaysia

Ella terseliuh pinggang, pulih guna rawatan tradisional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ratu Rock Negara, Ella memberitahu beliau hampir pulih daripada kecederaan pada bahagian pinggang akibat senaman tanpa pengawasan jurulatih kecergasan.

Menurut Ella Aminuddin, meskipun tidak lagi mengalami sakit pada bahagian itu, namun dia masih meneruskan rawatan dan semakin berhati-hati ketika melakukan aktiviti kecergasan.

“Saya mengalami kecederaan di bahagian pinggang, namun tidaklah serius. Ini gara-gara senaman yang saya buat sendiri di rumah. Tapi kecederaan itu hampir pulih sepenuhnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia berpunca daripada salah sendiri yang melakukan senaman tanpa pengawasan jurulatih kecergasan,” katanya.

Ella memaklumkan perkara itu semasa sidang media konsert Majlis Tertinggi Rock Queen Ella Sidang Penutup yang diadakan di Hotel Saujana, Kuala Lumpur.

Turut hadir adalah suaminya, Azhar Ghazali dan Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal.

Azhar memaklumkan Ella masih meneruskan rawatan termasuk kaedah tradisional untuk memastikan kesihatannya pulih sediakala.

“Selepas tiga minggu, kami masih teruskan rawatan. Antara kaedah tradisional yang diamalkan adalah garam kasar yang digoreng tanpa minyak yang kemudian diletakkan dalam sarung bantal dan dituam ke bahagian yang cedera,” katanya.

Dalam pada itu Ella sekali lagi bakal menggegarkan Stadium Unifi Bukit Jalil pada 5 Disember ini.

Konsert tersebut menjadi acara penutup sebelum Ella bercuti pada tahun hadapan.

Setakat ini, dua nama besar iaitu Datuk Ziana Zain dan Yuna telah diumumkan sebagai artis jemputan yang bakal memeriahkan acara.

Tiket berharga RM179 hingga RM499 akan dijual bermula 22 Oktober ini, pukul 12 tengahari di www.hitmanlive.com.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini