KUALA LUMPUR: Pelakon, Intan Najwa mendedahkan dia mengalami mimpi aneh susulan pengambilan magnesium sebelum tidur.
Pelakon berusia 29 tahun itu berkata pengambilan suplemen tambahan itu mengakibatkan dia beberapa kali mengalami mimpi yang mengerikan.
“Tiap kali makan magnesium sebelum tidur, mesti mimpi merepek. Ada yang macam saya juga tak?” Katanya dalam platform thread.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kata Intan, dikejar haiwan liar merupakan antara mimpi yang diingatinya sampai sekarang.
“Malam tadi mimpi kena kejar dengan gorila. Nasib baik laki saya kejut, kalau tak mungkin dah kena kejar sampai kodiang, penat begini,” katanya lagi. – UTUSAN











