Jangan salah guna kuasa dalam parti gabungan - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Jangan salah guna kuasa dalam parti gabungan – Muhyiddin

PN
Muhyiddin Yassin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuasa dan kedudukan dalam parti gabungan tidak boleh disalahgunakan untuk kepentingan parti atau kelompok tertentu sehingga menjejaskan tujuan dan matlamat asal penubuhannya.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) menjadi peringatan kepada pemimpin parti gabungan supaya bertindak adil terhadap semua parti anggota.

Katanya, pihak yang memimpin sesebuah parti gabungan juga hendaklah sentiasa mematuhi perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai pengasas parti PN, saya berduka atas keputusan pembatalan pendaftaran PN hari ini.

“Saya akan membincangkan langkah ke hadapan dengan pimpinan Bersatu dalam Mesyuarat Biro Politik Khas pada malam ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini