KPWKM komited bantu wanita jadi mangsa keganasan rumah tangga

KPWKM komited bantu wanita jadi mangsa keganasan rumah tangga

NANCY Shukri (duduk, tengah) ketika menghadiri Program Eliminate Violence Against Women (EVAW) Sempena Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2026 di Seberang Jaya, Pulau Pinang.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa komited untuk menambah baik program-program berkaitan antikeganasan rumah tangga dalam usaha membantu golongan wanita yang terlibat.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, antara langkah yang diambil ialah terus memperkasakan Skuad Wanita Anti Jenayah (Waja) yang kini 25 peratus daripada ahlinya adalah lelaki.

“Ini apa yang kita buat di kementerian (KPWKM) sekarang. Kita berusaha untuk tambah baik dan perbaiki program-program yang kita buat. Contoh macam Skuad Waja. Kalau boleh, kita mahu semua pihak jadi ahli termasuk pemimpin-pemimpin di peringkat komuniti,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pelan tindakan yang diambil oleh KPWKM dalam mendepani peningkatan kes keganasan domestik terhadap wanita sehingga menyebabkan kematian sejak akhir-akhir ini.

Terdahulu, Nancy hadir merasmikan Program Eliminate Violence Against Women (EVAW) Sempena Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2026 di Seberang Jaya di sini.

Sementara itu, beliau berkata, keganasan terhadap wanita khususnya kini bukan sahaja boleh dilihat dari aspek fizikal atau seksual, tetapi juga dari segi ekonomi, risiko kewangan dan lain-lain.

“Perkara ini (keganasan dalam bentuk ekonomi) sebagai contoh bergantung kepada pihak memberi peruntukan seperti perbelanjaan rumah. Di sini berlaku kawalan kewangan dan ekonomi sehingga menyebabkan kemurungan dan ketidakpuasan hati terhadap pasangan mereka,” ujar beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Nancy berkata, KPWKM turut menyediakan peruntukan bantuan kewangan berjumlah kira-kira RM1 juta yang bagi membantu wanita yang memerlukan sokongan untuk meninggalkan rumah bersama anak-anak serta memulakan kehidupan baharu.

“Mungkin ini (bantuan) tidak membantu atau menghalang mereka (wanita) daripada terus dipukul, tetapi, kami memberi keyakinan dari segi hak dan membantu mereka untuk keluar dari rumah dan memulakan kehidupan baharu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini