Natasha terlepas pertahan gelaran Piala Dunia

Natasha terlepas pertahan gelaran Piala Dunia

NATASHA (kanan) muncul naib juara kejuaraan Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain boling wanita negara, Natasha Mohamed Roslan gagal mempertahankan kejuaraan Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2026 apabila tewas pada aksi final di Munich, Jerman, semalam.

Pemain berusia 28 tahun itu terpaksa akur kepada pemain Perancis, Manon Clement 1-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Max Munich Bowling, Brunnthal.

Natasha, memberikan tentangan sengit, namun tewas pada perlawanan pertama dengan 198-231 sebelum bangkit menyamakan kedudukan menerusi kemenangan 286-147 pada perlawanan kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada set penentuan, Natasha gagal meneruskan momentum apabila tewas 168-204, sekali gus terlepas peluang mempertahankan kejuaraan dimenanginya tahun lepas.

Untuk rekod, dalam edisi lepas di Kowloon, Hong Kong, Natasha mencipta sejarah sebagai pemain boling wanita Malaysia pertama menjuarai Piala Dunia IBF selepas menewaskan wakil Jerman Birgit Noreiks 217-166, 226-169 pada aksi final.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini