Dr. Roket sasar bimbing 150,000 pelajar pascasiswazah menjelang 2030

Dr. Roket sasar bimbing 150,000 pelajar pascasiswazah menjelang 2030

Mohd. Khairul Nizam (empat dari kanan) bersama ahli keluarga sempena ulang tahun ke-10 2M World pada program Sedekad Bersama Dr Roket di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dr. Roket meletakkan sasaran untuk membantu 150,000 pelajar pascasiswazah menjelang 2030 menerusi platform pembelajaran digital Roket Valley bagi memudahkan akses kepada bimbingan akademik.

Pengarah Urusan 2M World Sdn. Bhd., Dr. Mohd. Khairul Nizam Zainan Nazri berkata, platform itu diwujudkan bagi membantu calon Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) merancang pengajian serta mengurus proses penyiapan tesis dengan lebih sistematik.

Menurutnya, Roket Valley membolehkan pelajar mendapatkan panduan asas sejak awal pengajian tanpa perlu menunggu sesi pembelajaran secara bersemuka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lebih istimewa, buat masa ini kami menawarkan akses percuma kepada platform ini bagi membolehkan pelajar mendapatkan bimbingan awal untuk merancang perjalanan pengajian Sarjana atau PhD.

“Yuran asas untuk mengakses platform ini ialah RM499, namun akses tersebut diberikan secara percuma sempena pelancarannya,” katanya ketika ditemui media sempena sambutan ulang tahun ke-10 2M World Sdn. Bhd. menerusi program Sedekad Bersama Dr Roket di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Mohd. Khairul Nizam (tengah) bersama para pelajar cemerlang sempena Sedekad Bersama Dr Roket di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, inisiatif digital itu turut membuka peluang kepada lebih ramai pelajar untuk memanfaatkan bahan pembelajaran dan panduan akademik yang disediakan mengikut keperluan mereka.

Katanya, platform berkenaan menyasarkan pelajar yang masih mencari hala tuju pada peringkat awal pengajian, selain mereka yang berdepan cabaran mengurus masa, merangka penyelidikan dan menyempurnakan tesis.

Mengulas perkembangan Dr Roket sejak ditubuhkan pada 2016, Mohd. Khairul Nizam berkata, lebih 80,000 peserta telah menyertai pelbagai program bimbingan yang dijalankan secara dalam talian dan bersemuka.

“Daripada jumlah itu, seramai 234 calon PhD menerima bimbingan secara langsung sehingga berjaya menamatkan pengajian, sekali gus mencerminkan hasil usaha bimbingan intensif yang dilaksanakan,” katanya.

Antara program yang disediakan ialah Postgraduate Transformation Program (PTP), Roket Intensive Class (RIC), Thesis Mastery Bootcamp (TMB) dan Vivalicious yang memberi tumpuan kepada panduan pengajian, penambahbaikan tesis serta persediaan menghadapi sesi viva.

Program berkenaan turut menarik penyertaan pelajar daripada pelbagai bidang, termasuk perubatan, kejuruteraan, undang-undang, sains sosial dan pertanian, membabitkan institusi pengajian tinggi di dalam serta luar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini