Lelaki libas anggota polis dengan parang direman empat hari

Lelaki libas anggota polis dengan parang direman empat hari

MAHKAMAH JELI, KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Seorang lelaki direman empat selepas dipercayai melibas seorang anggota polis dengan sebilah parang sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan retak tangan kiri di Kampung Lalang Pepuyu dekat Tanah Merah semalam.

Suspek berusia 30 tahun itu direman sehingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah itu untuk membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan membunuh.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Utusan Malaysia semalam melaporkan, seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan parah dilibas lelaki positif dadah dengan sebilah parang semasa Ops Tapis Bersepadu Sempadan di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah.

Dalam kejadian pukul 1.35 petang itu, anggota terbabit retak tulang tangan kiri selepas terkena libasan parang oleh suspek.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, semasa serbuan dilakukan di sebuah rumah suspek berusia lingkungan 30 tahun telah bertindak melarikan diri sebelum dikejar anggota bertugas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini