Jijoe tersingkir acara pecut Kejohanan dunia

Jijoe tersingkir acara pecut Kejohanan dunia

Azizulhasni Awang terpaksa akur pulang tanpa sebarang pingat di Kejohanan Dunia Basikal Trek 2026 di Shanghai
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya 0.021 saat memisahkan Datuk Azizulhasni Awang daripada kemaraan ke suku akhir acara pecut individu, namun jurang sekecil itu sudah cukup untuk menamatkan perjuangan jaguh berbasikal trek negara itu di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2026, hari ini.

Azizulhasni terpaksa akur kepada pelumba Great Britain, Harry Ledingham-Horn, dalam aksi kalah mati selepas melepasi pusingan pertama dengan menewaskan wakil Colombia, Cristian David Ortega Fontalvo.

Sebelum itu, pelumba berusia 38 tahun tersebut mencatat masa 9.564 saat untuk menduduki tempat kelapan dalam pusingan kelayakan, sekali gus membuka laluan ke pusingan seterusnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, harapan untuk menebus kekecewaan dalam acara keirin tidak kesampaian apabila beliau turut tersingkir pada peringkat suku akhir acara berkenaan.

Keputusan itu menyaksikan kempen Azizulhasni di pentas dunia berakhir tanpa pingat, sekali gus meletakkan tanggungjawab terakhir Malaysia kepada dua pelumba wanita, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Nur Alysaa Mohd Farid, yang bakal menggalas cabaran dalam acara keirin, esok.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini