KUALA LUMPUR: Pelakon, Janna Nick, 31, berkongsi kepentingan bersedekah dan membaca Al- Quran sebagai penyelesaian bagi setiap masalah.
Janna menyarankan pengikut Threadnya agar memperbanyakkan amalan tersebut ketika jiwa dijentik rasa marah agar menjadi tenang.
“Lepas ini setiap kali marah teramat, sedekah. Setiap kali marah sangat, Zikir, mengaji,” katanya di laman tersebut.
Memuatkan artikel berkaitan…
Janna menambah dengan cara tersebut, setiap cubaan untuk menyakitkan diri sendiri bertukar menjadi pahala berpanjangan.
“Biar orang sakitkan kita, kita buat pahala,” ujarnya. – UTUSAN











