Malaysia ketengahkan TVET 2030 di Tianjin

Malaysia ketengahkan TVET 2030 di Tianjin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mengetengahkan Dasar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2030 di peringkat antarabangsa dengan memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga mahir dalam bidang semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), pembuatan termaju dan tenaga bersih.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu dibangkitkan ketika beliau menyertai Forum Meja Bulat Peringkat Menteri sempena Persidangan Pembangunan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Sedunia 2026 di Tianjin, China.

Beliau berkata, Malaysia turut menyatakan pendirian berhubung Perjanjian Beijing iaitu kerangka piawaian pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional di peringkat global.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah, beberapa pandangan dan cadangan penambahbaikan yang kita kemukakan sebelum ini telah diterima serta dimasukkan dalam teks akhir, sekali gus membolehkan Malaysia memberikan sokongan terhadap kerangka tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara berkata, Malaysia akan terus membawa agenda TVET negara ke peringkat antarabangsa demi masa hadapan golongan muda.

“Kemahiran ialah mata wang baharu bagi kemajuan ekonomi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini