Sesekali apa kata ubah selera dengan mencuba sup tulang rawan berempah yang menyelerakan.
Hidangan ini sesuai dinikmati seisi keluarga, tidak kira golongan dewasa mahupun kanak-kanak.
Lebih enak apabila dihidangkan bersama nasi panas atau roti.
Bahan-bahan:
• 8 liter air
• 2 kilogram tulang rawan
• 500 gram ubi kentang (dipotong dadu)
• 200 gram lobak merah (dipotong dadu)
• 100 gram bawang merah (dikisar halus)
• 20 gram bawang putih (dikisar halus)
• 30 gram halia (dikisar halus)
• 1 kuntum bunga lawang
• 3 biji bunga cengkih & buah pelaga
• 1 batang kulit kayu manis
• 80 gram rempah sup (dijadikan pes)
• 40 gram rempah kurma (dijadikan pes)
• Garam secukup rasa
• Minyak (menumis)
Bahan hiasan:
• 20 gram daun sup (dimayang halus)
• 20 gram daun bawang (dimayang halus)
• 50 gram bawang goreng
Cara penyediaan:
• Rebus tulang rawan bersama air sehingga empuk dan menghasilkan kuah yang beraroma.
• Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar bersama bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
• Masukkan pes rempah sup dan kurma, kemudian tumis sehingga pecah minyak.
• Masukkan bahan tumisan ke dalam periuk rebusan tulang rawan dan biarkan mendidih.
• Tambahkan ubi kentang dan lobak merah, kemudian masak sehingga sayuran empuk.
• Perasakan dengan garam dan hiaskan mengikut cita rasa.
• Sedia untuk dihidangkan.











